SELANGORKU
BERNAM JAYA
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN SELANGORKU
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan;
- Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan sehingga RM10,000.00 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C,atau D semasa membuat permohonan;
- Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
- Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku